BUTIK-BUTIK KEGEMARANKU..

6:32 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Minggu ni dah masuk minggu ketiga raya. Kejapnya masa berlalu. Tetiba teringat masa bulan puasa dulu bila tengok gegirl macam kita ni sibuk shopping untuk raya. Especially kat Instagram. Macam-macam ragam dan kerenah aku jumpa tengok customer nak shopping baju ni. Semuanya hanya dihujung jari kan. Baju dan tudung raya cantik kan, lambat sikit, cepat sold out. Den dah berapa kali terlepas. Sodih.

Harini punya topik aku nak citer dengan korang beberapa buah butik yang berjaya memikat hati aku ni. Kiranya my favourite boutique lah gitu. Well, sejak ada Instagram ni aku kenal macam-macam butik. Tak lupa jugak, macam-macam fesyen baju raya aku jumpa. Ada yang 'WOW', 'AMAZING', 'Masha-Allah cantiknya' dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap hari jugak lah asal bukak Instagram je mesti dok ngadap butik-butik femes ni. Dah meh nak citer ngan korang butik yang aku suka ni.




Comel tak design logo Fabulous Heejab ni? Fyi, boleh dikatakan tiap-tiap hari jugak lah aku usha-usha Instagram dorang. Mak aih. Lawanya jubah. Fabulous Heejab memang terkenal dengan signature Medina Jubah Dress dan Sierra Jubah Dress. Material Italian Satin Silk, and High Quality of Prada Lace for the Medina Jubah Dress while Soft Satin Silk and Crinkles Stripes Sequin for the Sierra Jubah Dress. Both dresses are so lovely.

Belum ade rezeki lagi nak beli. Sebab haritu nak beli asyik sold out pastu takut tak muat. I is sedih. Kena kuruskan badan lagi ni. Seriously, ni lah jubah dress paling cantik dan kreatif design dia yang pernah aku tengok. Nak pengsan tengok warna-warna yang available, Masha-Allah bold colours, pastel colours serius cantik nak mati. Jenis aku pulak kalau dah semua warna lawa-lawa, rembat semua pun tak apa walaupun design sama. Nanti nak datang lah butik dia. Nasib baik ada satu butik kat Shah Alam.




ZAWARA! Oh please! Zawara boutique ni memang terkenal dengan Alicia Dress, Alicia Sequin, Adalia Dress dan banyak lagi. Paling tersuka sekali Adalia Dress. Kita suka hat biru dengan hijo. Tapi kalau Zawara tambah warna lagi oh please buat warna merah dengan kuning diraja. Nasib baik Butik Zawara ni ade kat Seksyen 7, Shah Alam. 




Kita paling suka butik eDast ni sebab kat sini tudung-tudung yang dihasilkan semua lawa-lawa. Butik eDast terkenal dengan Merlin Squircle Scarf yang kaler plain tu. Bukan tu aje, butik eDast jugak ada keluarkan Triple Squircle Scarf, Pretty Printed Squircle Scarf, She Queen Squircle Scarf, WanaWani Squircle Scarf dan yang terbaru ni Nada Squircle Scarf. Mesti korang pening dengan nama-nama ni kan. Boleh klik kat link atas ni eh nak tengok koleksi dorang.     

Paling penting harga amat berpatutan. Kalau macam ni borong banyak pun tak kisah kan. Aku dah jatuh cinta dengan Merlin Squircle Scarf tu. Apa yang special pasal tudung ni ialah, perasan tak kalau tudung bawal biasa kan, bila kita nak pin kat bahu for those yang nak tutup dada mesti korang kembangkan tudung tu dia bentuk macam bucu tajam kan. Tapi kalau squircle ni dia bulat eh which I love it so much. Butik yang wajib dilawati suatu hari nanti. In Shaa Allah tahun ni jugak mesti pergi butik dorang yang kat Seksyen 16, Shah Alam tu.




Waaa...Teringin nak pergi butik SBU ni. Selalu stalk kat Instagram je. Padahal butik dah dekat dengan rumah. Satu ade kat Seksyen 16, Shah Alam. Satu lagi butik kat Bangi (Sepang dengan Bangi dah dekat). Kenapa aku suka butik SBU ni? Sebab this boutique has everything we want from head to toe. Just name it. Nak cari jubah dress? Nak beli tudung? Nak cari kasut? Semua ada. Bukan tu aje, terdapat banyak vendors kat dalam butik ni. Makanan pun ada okay. Choco leleh, pretzel, biskut pelangi dan macam-macam lagi. Aksesori pempuan pun ada tau. Jam tangan, rantai, gelang, belt. Tu sebab aku nak sangat pergi. Bukan nak sangat, tapi harus pergi. 

By the way, butik SBU terkenal dengan corak tudung bawal yang lain dari yang lain. Kalau tengok gegirl pakai tudung corak ni, macam dah tau je ni mesti beli kat SBU. korang nak apa semua ade kat sini.

 
See? Lawa kan. Cukup lah aku tunjuk banyak ini. Banyak lagi corak lain yang cantik-cantik. Cek dorang punya facebook x pon kat Instagram dorang.



all photos are credited to their website.

Lagi satu butik fevret aku. Serius lawa sangat tengok jubah dress dorang. Untuk pengetahuan korang, aku suka design yang simple macam ni je. Janji sedap pakai, selesa, tak ketat, tak jarang, comel dan kiut itu wajib. Hehe okay gurau je. Design simple je dan pikat hati aku. Lagipun aku kurang gemar dengan hiasan yang sarat barat ni. Walaupun aku rela hati mengaku lawa, tapi sebenarnya takut nak pakai yang ada manik keliling pinggang ni semua. Terasa diriku over padahal tak ada orang mengata pun. Ni fevret Jah oi.

Lupa nak bagitahu, 30th August 2014 ni Bella Ammara akan launch butik kedua dorang di Seksyen 7, Shah Alam sempena ulangtahun kelahiran butik Bella Ammara yang kedua. Masa tu semua jubah dijual dengan harga yang maha murah. So, korang kalau tengah cari jubah dress, meh datang beramai-ramai masa event tu nanti. Ape-ape hal info semua korang leh follow Instagram dorang untuk maklumat lanjut.




Di butik Hana Bella ni, aku suka sangat dengan Karmila Dress. Aku suka dengan potongan dress dia. Nampak eksklusif dan nampak mewah pada mata aku. Harga tak silap dalam RM 200++ camtu. Dalam banyak-banyak collection, Karmila Dress paling aku suka. Cutting baju dia cantik. Tapi mampukah aku yang big plus ni pakai? Kena kurus lagi ni. Sabor je lah.





Kita suka tengok jubah-jubah kat Rucci Modisch ni sebab jubah yang dorang design lain dari butik lain. Material apa tak sure. Tapi aku paling berkenan dengan Syakira Jubah kalau tak silap corak dia ala-ala english. White base with pink flower. Tomelnya.

all photos are credit to their website and instagram.

Ni lah Syakira Jubah. Comel jubahnya like I said ala-ala english. Selain warna plain, aku suka sangat corak bunga-bunga kecil macam ni. Aku paling suka kaler pink dengan mint. Plan nak beli dua corak ni. hihi..



Fuh, setakat ni butik yang ini lah yang aku dok usha tiap-tiap hari. Sampai naik juling mata aku tengok warna pelangi ni. Sebenarnya banyak lagi kat Instagram tapi biar aku list kan yang ini dulu. Banyak sangat butik dan aku pun tak ingat dah. Aku ada satu penyakit. Aku tak boleh tengok benda yang warna-warni. Bila aku tengok, aku macam nak beli semua. Padahal designs sama aje. Boleh je nak beli semua warna but at least aku patut pilih lain warna lain corak kan. Kalau tudung pun sama. Kalau boleh nak kaut semua warna.

Sebenarnya ni antara wishlist aku lah nak jenjalan kat butik ni. Aku ni pelupa sikit. Susah nak ingat nama butik so aku list kat sini senang. Kebanyakannya ada butik yang beroperasi secara online, ada jugak yang dah memang sedia ada butik tu kat luar. Aku lebih suka walk in sebab dapat pegang, try baju mana tau tak muat. Aku perati kan, nasib baik ada beberapa butik yang dibuka di Shah Alam. Senang kita nak jalan-jalan kat sana nanti. Korang pun boleh lah usha butik-butik terkenal ni. Confirm rambang mata. 


Kbai.


You Might Also Like

5 comments

  1. Nice entry. Boleh buat rujukan bila nak shoping nnt.

    ReplyDelete
  2. Bella ammara shah alam? Sangat sangat tak
    Mesra rakyat. Saya datang dari jauh sampai kat kedai u all jam 5.58pm. U all kata dah tutup.. Saya kata saya nak tengok tengok sekejap je sebab datang dari jauh ni.. Langsung u all tak layan ye.. Dah la saya dgn anak anak.. Apa la u all ni.. Nak berniaga pun setakat 5 minit org nak tgk tgk pun berkira sgt waktu berniaga tu.. Come on la... Saya langsung dah tak teringin nak tgk collection u all, apa lagi nak beli!!!. So sori, baik i pegi kedai lain yg lebih mesra rakyat. DGN INI SAYA MENGISYTIHARKAN SAYA BOIKOT BELLA AMMARA SHAH ALAM. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekarang kan, baju lelawa. Rugi wooooo

      Delete
  3. hana bella tu yang teringin sangat beli. hehe

    ReplyDelete
  4. hana bella tu yang teringin sangat beli. hehe

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images